Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi UTeM. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian +606 270 1000 (Bantuan Telefonis) atau e-mel kepada kami di emel Webmaster.
   
1. Apakah maksud UTeM?
  UTeM adalah singkatan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ia adalah sebuah universiti yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Act 30). UTeM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-14 di Malaysia.
   
2. Di manakah kampus UTeM?
  UTeM kini beroperasi di tiga buah kampus. Kampus Induk terletak di kawasan penuh kehijauan di Durian Tunggal, kira-kira 3 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh. Kampus berkeluasan 766 ekar ini hampir siap sepenuhnya dengan kemudahan kampus kondusif. Kampus Bandar yang terletak di Jalan Hang Tuah iaitu di tengah-tengah Bandaraya Melaka dan Kampus Industri yang terletak di kawasan perindustrian di Ayer Keroh.
   
3. Apakah kelebihan belajar di UTeM?
  UTeM merupakan perintis kepada Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan aplikasi dan amalan untuk kemahiran teknikal yang membezakannya daripada universiti lain.
   
4. Apakah bidang pengajian yang ditawarkan?
  UTeM menawarkan program-program pengajian di peringkat diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan, ICT, pengurusan teknologi dan teknousahawan serta teknologi kejuruteraan.
   
5. Berapakah jumlah fakulti yang terdapat di UTeM?
  Terdapat tujuh fakulti di UTeM iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembuatan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
   
6. Apakah kemudahan yang disediakan?
  UTeM mensasarkan sebuah kampus kondusif yang sesuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara kemudahan yang disediakan ialah asrama, perpustakaan, Dewan Siber, kafeteria, kompleks sukan, masjid dan juga kemudahan pengangkutan. Kesemua kemudahan ini disediakan bukan sahaja dengan mengambil kira aspek pembelajaran malah turut menekankan konsep kelestarian.

 

Save


Masukkan e-mel anda untuk melanggan Peristiwa UTeM:

Berhubung Dengan Kami
   

Hakcipta © 2020 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta | Hubungi Kami

T
arikh akhir kemaskini : 31 Januari 2022

Jata Negara
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric