PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UTeM menyediakan pelbagai kemudahan canggih seperti dewan kuliah, makmal berteknologi tinggi, makmal robotik & automasi, makmal voltan tinggi, makmal thermodinamik, makmal peralatan, makmal multimedia, makmal pintar, makmal kimia dan makmal pembuatan termaju.


BANGUNAN CANSELORI

BANGUNAN CANSELORI

Bangunan yang tersergam indah ini merupakan pusat pentadbiran utama di UTeM. Di sinilah PTj seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari dan HEP bernaung. Dibina berkonsepkan ciri-ciri rumah Melayu dan gabungan elemen-elemen moden, menjadikan bangunan ini berbeza dengan bangunan lain.


MASJID

MASJID

Masjid ini boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Dengan keluasan 5,737 m2 masjid ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik bacaan, dan dewan solat utama. Senibina masjid ini bercirikan Timur Tengah di bahagian dalam manakala di bahagian luar berkonsepkan Asia.


PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Perpustakaan Laman Hikmah mempunyai koleksi lebih daripada 115,000 judul termasuk 13 langganan tajuk pangkalan data yang merangkumi bahan kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang teras Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembuatan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Pengurusan Teknologi & Teknoushawanan. Di samping itu, terdapat juga koleksi bidang saintifik lain seperti Fizik, Kimia dan Matematik, serta bacaan umum. 

Untuk memenuhi keperluan pengguna, perpustakaan menyediakan perkhidmatan seperti Pembaharuan Atas Talian, Pinjaman Antara Perpustakaan, Program Pendidikan Pengguna, Pameran Perpustakaan, Meja Penasihat Pengguna, ‘Order n Collect’ dan lain-lain. Untuk menyokong aktiviti penyelidikan, kami juga menyediakan perkhidmatan Pempakejan Maklumat dan ‘Research Appointment’ selaras dengan matlamat untuk memperkasakan penyelidikan Universiti. Selain daripada perkhidmatan, perpustakaan turut  menyediakan  kemudahan seperti bilik perbincangan, bilik tayangan, bilik karel, iPad, hoverboard dan sebagainya. Kami juga menawarkan ruang dan bilik untuk disewa kepada warga universiti dan komuniti. 

Kami juga prihatin dengan Generasi Milenia dan Generasi Y dengan mengadakan konsep baru  yang lebih santai, interaktif dan kondusif bagi pengguna untuk mempertingkatkan penggunaan perpustakaan secara optimum sebagai tempat pertemuan dan sebagai rumah kedua. Pada masa akan datang, Perpustakaan Laman Hikmah akan menjadi perintis di kalanganperpustakaan akademik yang membuka Aras 1 secara 24 jam kepada pengguna.


DEWAN CANSELOR UTeM

DEWAN CANSELOR UTeM

Dewan Besar ini boleh memuatkan 4,000 orang pada satu-satu masa. Dewan ini digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti serta berfungsi sebagai dewan peperiksaan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan jamuan serta bilik VVIP.

Dewan Besar telah mencatatkan sejarah apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan isteri menerima Ijazah Kehormat pada Majlis Konvokesyen Ke-5 tahun 2009.


KOMPLEKS SUKAN

KOMPLEKS SUKAN

Kompleks SukanUTeM terdiri daripada sebuah stadium yang menyediakan kemudahan padang bola sepak dengan tempat duduk untuk memberi keselesaan kepada 500 penonton serta mampu beroperasi pada waktu malam. Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat bagi acara olahraga. Trek sintetik yang dibina mengikut piawaian antarabangsa dengan memiliki 8 lorong berukuran 400 meter mampu menganjurkan pelbagai kejohanan yang diiktiraf oleh Kesatuan Olahraga Malaysia dan IAAF.

Dewan Sukan pula menempatkan gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, gelanggang sepak takraw dan gimnasium. Turut disediakan kemudahan sukan luar dewan ialah padang ragbi, padang bola sepak, padang hoki sintetik, padang softball, lapang sasarmemanah, gelanggang petanque, gelanggang tenis, gelanggang sepaktakraw, gelanggang bola tampar, gelanggang futsal, gelanggang bola baling, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, tembok tiruan, "flying fox" dan kemudahan berkayak.

Kemudahan sukan yang terkini adalah outdoor gymnasium di mana menempatkan 14 unit peralatan sukan untuk kegunaan pelajar dan staf.


PUSAT KESIHATAN PELAJAR

Penubuhan Klinik Pelajar adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada para pelajar. Ia juga bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat di kalangan warga UTeM, bagi memastikan tahap kesihatan berada ditahap yang memuaskan supaya para pelajar dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada pengajian dengan lebih efektif dan cemerlang. Ia dikendalikan oleh pegawai perubatan dan paramedik yang profesional bagi memastikan perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik dan selamat.

Walaupun Klinik Pelajar diberi amanah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada para pelajar, namun ia juga memberi perkhidmatan serta rawatan perubatan kepada kakitangan UTeM yang memerlukan perkhidmatan seperti rawatan kecemasan, bantuan pinjaman peti kecemasan dan perkhidmatan perubatan (standby) bagi aktiviti yang memerlukan.

Pusat Kesihatan beroperasi di 3 cawangan iaitu Kampus Induk dan Kampus Teknologi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.utem.edu.my/pusat_kesihatan/


KEMUDAHAN PUSAT KESIHATAN DI KAMPUS INDUK

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan kecemasan
  • Bilik pemerhatian
  • Perkhidmatan peti rawatan kecemasan
  • Perkhidmatan ambulans (bagi kes kecemasan dan rujukan)
  • Unit Makmal
  • Unit Pergigian


KEMUDAHAN PUSAT KESIHATAN DI KAMPUS TEKNOLOGI

  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan kecemasan
  • Bilik pemerhatian



KAFETARIA

KAFETARIA

Kafeteria UTeM menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat tiga kafeteria di Kampus Induk, dua untuk pelajar dan satu untuk staf.


PUSAT AKTIVITI PELAJAR

PUSAT AKTIVITI PELAJAR

Pusat Aktiviti Pelajar diuruskan oleh Pejabat HEPA bagi menyediakan ruang berinteraksi di kalangan ahli-ahli kelab, persatuan dan Perwakilan Pelajar. Bangunan tiga tingkat ini menyediakan tempat untuk latihan kebudayaan, latihan orkestra, pusat kaunseling dan ruang pameran. Koperasi UTeM Berhad, Pejabat Pos Mini dan mesin ATM turut beroperasi di sini.


PERKHIDMATAN BAS

PERKHIDMATAN BAS

Pejabat HEP menyediakan perkhidmatan bas berhawa dingin untuk kegunaan pelajar. Perkhidmatan percuma ini disediakan untuk perjalanan asrama pelajar ke Kampus Induk dan Kampus Teknologi bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam. Perkhidmatan bas tambahan juga disediakan untuk program semester khas, peperiksaan akhir dan juga semasa cuti semester bergantung kepada aktiviti pelajar.


KEMUDAHAN ASRAMA

Sebagai kemudahan kepada pelajar, UTeM turut menyediaan kemudahan penginapan. Ketika ini, UTeM mempunyai 7 buah kolej kediaman dimana 6 kolej kediaman tersebut berada di dalam Kampus Induk manakala sebuah kolej kediaman merupakan bangunan yang masih disewa dari pihak luar. Kolej kediaman di dalam Kampus Induk iaitu Kolej Kediaman Lestari, Kolej Kediaman Satria (Tuah), Kolej Kediaman Satria (Jebat), Kolej Kediaman Satria (Lekir), Kolej Kediaman Satria (Lekiu),dan Kolej Kediaman Satria (Kasturi), boleh menempatkan 6020 orang pelajar. Manakala Kolej Kediaman UTeM Sri Utama yang disewa dari pihak luar boleh menampung seramai 1152 orang.

Bagi memastikan keselesaan pelajar, kolej kediaman UTeM turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kafetaria, ruang dobi, bilik menonton, bilik aktiviti, surau, kemudahan sukan dan rekreasi dan perkhidmatan pembersihan. Pelajar juga boleh akses kemudahan internet dari bilik mereka. Ruang bilik pelajar juga amat selesa dengan dua orang penghuni setiap bilik.

 


KEMUDAHAN WiFi

KEMUDAHAN WiFi

Di lokasi-lokasi berikut:

KAMPUS INDUK

  • Lobi Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi
  • Lobi Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
  • Lobi Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK)
  • Perkarangan Pusat Aktiviti Pelajar
  • Perpustakaan - Perkarangan Aras Bawah & Aras 1
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) - Blok B
  • Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) - Perkarangan Aras Bawah
  • Pusat Pengajian Siswazah
  • Kafeteria Pelajar 1 & 2

KAMPUS INDUSTRI

  • Kafeteria

KEMUDAHAN ICT

Sesungguhnya pertambahan kawan liputan wifi adalah memberi kesan yang besar dalam menyediakan kemudahan capaian ke internet kepada pelajar dalam menyokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Kaedah pembelajaran masa kini yang menggunakan teknologi ICT dapat meningkat kualiti pembelajaran dan pengajaran serta memberikan pengalaman baru kepada pelajar dalam menuntut ilmu. Oleh itu banyak sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran dalam format e telah di bangunkan seperti e-learning, e-library, portal pelajar, email dan dan sistem aplikasi dalaman boleh dicapai melalui kemudahan internet.

Jadual menunjukkan peningkatan hampir kawasan liputan wifi daripada 16.5% pada tahun 2013 kepada 57.25% pada akhir tahun 2014 maka peningkatan hampir 40% di kesemua kampus UTeM berdasarkan taburan 300 unit Access Point (AP) yang telah siap dipasang dan berfungsi sepenuhnya.


Masukkan e-mel anda untuk melanggan Peristiwa UTeM:

Berhubung Dengan Kami
   

Hakcipta © 2020 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta | Hubungi Kami

T
arikh akhir kemaskini : 31 Januari 2022

Jata Negara
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric